Carian Anda

Friday

Muqaddimah


        Segala puji bagi Allah, tuhan yang telah mentadbir alam ini dengan sebaik-baik perancangan. Segala puji bagi Allah juga, tuhan yang telah memberi kami hidayah dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan kami dalam memperjuangkan agama-Nya di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah. Selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah Muhammad SAW yang telah diutus oleh Allah SWT untuk memberi rahmat ke seluruh alam ini.  

       Sesungguhnya manusia selalu mencari ketenangan dan kedamaian dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mereka cuba untuk mendapatkannya dengan hiburan, permainan, pembacaan dan sebagainya. Namun ketenangan yang di cari datang dan pergi. Sebenarnya jiwa mereka kosong tanpa cahaya keimanan. Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh duka, pengubat luka danpenghibur hati yang lara. Membaca Al-Quran adalah hiburan nurani yang mendamaikan hati serta menjadi teman di waktu sunyi.                                          

       Al-Quran tidak menjadi usang meskipun di ulang-ulang. Keajaibannya tidak pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan, yang memberi  petunjuk ke jalan yang benar, kemudian kami beriman kepadanya”.                                      

       Sesiapa yang berkata berdasarkan Al-Quran, maka dia berkata benar. Sesiapa mengamalkannya, dia mendapat pahala. Sesiapa memutuskan perkara dengannya, maka dia telah berlaku adil. Dan siapa menyeru kepadanya, dia diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Al-Quran merupakan pemisah antara yang haq dan batil.                                                                                                         

       Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya, kita masih di kurniakan lagi dengan dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Kami juga bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan keredhaan-Nya kami masih di beri peluang untuk terus menimba ilmu dan menabur bakti di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah.
                                                     
      Kami amat bersyukur kerana dengan izin Allah kami dapat menubuhkan (create) sebuah blog khusus berkaitan tentang Rasm Al-Quran (Rasm Uthmani). Blog ini akan kami paparkan nota-nota ringkasan berkaitan dengan kaedah penulisan Al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Segala nota dan ringkasan yang kami buat adalah mengikut kitab Syarah Talkhisul Fawaid wa Taqribul Mutaba’id yang telah dipelajari dan akan dikemas kini mengikut kesesuaian dan kefahaman kami. Kami akan berusaha untuk memberikan sajian terbaik untuk pengetahuan masyarakat  . Semoga usaha kami ini beroleh keberkatan dari Allah SWT. Sesungguhnya dalam buku ini kami muatkan kaedah atau cara penulisan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kaedah Rasm Uthmani. Semoga blog ini akan menjadi panduan dan bahan rujukan bagi umat Islam.                                             

       Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan dalam blog ini sama ada dari sudut tulisan, kaedah, pemahaman dan sebagainya kerana ia adalah tidak di sengajakan. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang tidak baik datang dari kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keberkatan Allah SWT.
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

Tuesday

Sejarah Penulisan (Rasm) Al-Quran

Penulisan dan pengumpulan Al-Qur’an : melalui 4 tahap


TAHAP PERTAMA

       Zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada tahap ini penyandaran pada hafalan lebih banyak daripada penyandaran pada tulisan kerana hafalan para Sahabat Radhiyallahu ‘anhum sangat kuat dan cepat disamping sedikitnya orang yang mampu membaca dan menulis Bahkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menulis juga tidak begitu banyak. Oleh kerana itu siapa saja dari kalangan mereka yang mendengar satu ayat, dia akan terus menghafalnya atau menuliskannya dengan kelengkapan seadanya di pelepah kurma, potongan kulit, permukaan batu atau tulang belikat unta. Jumlah para penghafal Al-Qur’an sangat banyak.

       Dalam kitab Shahih Bukhari [1] dari Anas Ibn Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus tujuh puluh orang yang disebut Al-Qurra’. Mereka dihadang dan dibunuh oleh penduduk dua desa dari suku Bani Sulaim ; Ri’l dan Dzakwan berdekatan sumur Ma’unah. Namun dikalangan para sahabat selain mereka masih banyak para penghafal Al-Qur’an, seperti Khulafa' Ar Rasyidin, Abdullah Ibn Mas’ud, Salim yang pernah menjadi hamba Abu Hudzaifah, Ubay Ibn Ka’ab, Mu’adz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu Darda Radhiyallahu ‘anhum.



TAHAP KEDUA 

       Pada zaman Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu pada tahun 12 Hijriyah. Penyebabnya adalah : Pada perang Yamamah banyak dari kalangan Al-Qurra’ yang terbunuh, di antaranya Salim bekas hamba Abu Hudzaifah ; salah seorang yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengambil pelajaran Al-Qur’an darinya. 

       Maka Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Qur’an agar tidak hilang. Dalam kitab Shahih Bukahri [2] disebutkan, bahwa Umar Ibn Khattab mengemukakan pandangan tersebut kepada Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu setelah selesainya perang Yamamah. Abu Bakar tidak mahu melakukannya kerana takut dosa, sehingga Umar terus-menerus mengemukakan pandangannya sampai Allah Subhanahu wa Ta’ala membukakan pintu hati Abu Bakar untuk hal itu, dia lalu memanggil Zaid Ibn Tsabit Radhiyallahu ‘anhu. Di samping Abu Bakar bediri Umar, Abu Bakar mengatakan kepada Zaid : “Sesunguhnya engkau adalah seorang yang masih muda dan cerdik akalnya, kami tidak meragukannmu, engkau dulu pernah menulis wahyu untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sekarang carilah Al-Qur’an dan kumpulkanlah!”, Zaid berkata : “Maka akupun mencari dan mengumpulkan Al-Qur’an dari pelepah kurma, permukaan batu dan dari hafalan orang-orang lain. Mushaf tersebut berada di tangan Abu Bakar hingga dia wafat, kemudian dipegang oleh Umar hingga wafatnya, dan kemudian di pegang oleh Hafsah Binti Umar Radhiyallahu ‘anhuma. Diriwayatkan oleh Bukhari secara panjang lebar.

       Kaum muslimin pada waktu itu seluruhnya sepakat dengan apa yang dilakukan oleh Abu Bakar. Mereka menganggap perbuatannya itu sebagai nilai positif dan keutamaan bagi Abu Bakar, sehingga Ali Ibn Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu mengatakan : “Orang yang paling besar pahalanya pada mushaf Al-Qur’an adalah Abu Bakar, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi rahmat kepada Abu Bakar kerana, dialah orang yang pertama kali mengumpulkan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala.

TAHAP KETIGA 

       Pada zaman Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu ‘anhu, iaitu pada tahun 25 Hijriyah. Sebabnya adalah perbezaan kaum muslimin pada dialek bacaan Al-Qur’an sesuai dengan perbezaan mushaf-mushaf yang berada di tangan para sahabat Radhiyallahu ‘anhum. Hal itu dikhuatirkan akan menjadi fitnah, maka Uthman Radhiyallahu ‘anhu memerintahkan untuk mengumpulkan mushaf-mushaf tersebut menjadi satu mushaf sehingga kaum muslimin tidak berbeza bacaannya kemudian bertengkar pada Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala dan akhirnya berpecah belah. 

       Dalam kitab Sahih Bukhari [3] disebutkan, bahwasanya Hudzaifah Ibnu Yaman Radhiyallahu ‘anhu datang menghadap Uthman Ibn Affan Radhiyallahu ‘anhu dari perang pembebasan Armenia dan Azerbaijan. Dia khuatir melihat perbezaan mereka pada dialek bacaan Al-Qur’an, dia katakan : “Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah umat ini sebelum mereka berpecah belah pada Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti perpecahan kaum Yahudi dan Nasrani!” Uthman lalu mengutus seseorang kepada Hafsah Radhiyallahu ‘anhuma : “Kirimkan kepada kami mushaf yang engkau pegang agar kami gantikan mushaf-mushaf yang ada dengannya kemudian akan kami kembalikan kepadamu!”, Hafshah lalu mengirimkan mushaf tersebut. 

       Kemudian Uthman memerintahkan Zaid Ibn Thabit, Abdullah Ibn Az-Zubair, Sa’id Ibnul Ash dan Abdurrahman Ibnul Harith Ibn Hisyam Radhiyallahu ‘anhum untuk menuliskannya kembali dan memperbanyaknya. Zaid Ibn Thabit berasal dari kaum Ansar sementara tiga orang yang lain berasal dari Quraisy. Uthman mengatakan kepada ketiganya : “Jika kalian berbeza bacaan dengan Zaid Ibn Thabit pada sebagian ayat Al-Qur’an, maka tuliskanlah dengan dialek Quraisy, karena Al-Qur’an diturunkan dengan dialek tersebut!”, mereka pun lalu mengerjakannya dan setelah selesai, Uthman mengembalikan mushaf itu kepada Hafshah dan mengirimkan hasil pekerjaan tersebut ke seluruh penjuru negara Islam serta memerintahkan untuk membakar naskah mushaf Al-Qur’an selainnya.
       
       Uthman Radhiyallahu ‘anhu melakukan hal ini setelah meminta pendapat kepada para sahabat Radhiyalahu ‘anhum yang lain sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud [4] dari Ali Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya dia mengatakan : “Demi Allah, tidaklah seseorang melakukan apa yang dilakukan pada mushaf-mushaf Al-Qur’an selain harus meminta pendapat kami semuanya”, Uthman mengatakan : “Aku berpendapat sebaiknya kita mengumpulkan manusia hanya pada satu Mushaf saja sehingga tidak terjadi perpecahan dan perbezaan”. Kami menjawab : “Alangkah baiknya pendapatmu itu”.

       Mus’ab Ibn Sa’ad [5] mengatakan : “Aku melihat ramai manusia ketika Uthman membakar mushaf-mushaf yang ada, merekapun kehairanan melihatnya”, atau dia katakan : “Tidak ada seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, hal itu adalah termasuk nilai positif bagi Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu ‘anhu yang disepakati oleh kaum muslimin seluruhnya. Hal itu adalah penyempurnaan dari pengumpulan yang dilakukan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu.

       Perbezaan antara pengumpulan yang dilakukan Uthman dan pengumpulan yang dilakukan Abu Bakar Radhiyallahu anhuma adalah : 
Tujuan dari pengumpulan Al-Qur’an di zaman Abu Bakar adalah menuliskan dan mengumpulkan keseluruhan ayat-ayat Al-Qur’an dalam satu mushaf agar tidak tercicir dan tidak hilang tanpa perlu kepada kaum muslimin untuk bersatu pada satu dialek; hal itu disebabkan lebih terlihat pengaruh dari perbezaan dialek bacaan yang mengharuskannya membawa mereka untuk bersatu pada satu mushaf Al-Qur’an saja. Manakala tujuan dari pengumpulan Al-Qur’an di zaman Uthman Radhiyallahu ‘anhu adalah : Mengumpulkan dan menuliskan Al-Qur’an dalam satu mushaf dengan satu dialek bacaan dan membawa kaum muslimin untuk bersatu pada satu mushaf Al-Qur’an kerana timbulnya pengaruh yang mengkhuatirkan pada perbezaan dialek bacaan Al-Qur’an.

TAHAP KEEMPAT 

Pemberian titik dan baris, terdiri dari tiga fasa :

1) Mu'awiyah bin Abi Sofyan menugaskan Abul Asad Ad-dualy untuk meletakkan tanda bacaan (i'rab) pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam membaca.

2) Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk memberikan titik sebagai pembeza antara satu huruf dengan lainnya (Baa'; dengan satu titik di bawah, Ta; dengan dua titik di atas, Tsa; dengan tiga titik di atas). Pada masa itu Al Hajjaj meminta bantuan kepada Nashr bin 'Ashim dan Hay bin Ya'mar.

3) Peletakan baris atau tanda baca (i'rab) seperti: Dhammah, Fathah, Kasrah dan Sukun, mengikuti cara pemberian baris yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al Farahidy.

       Hasil yang didapati dari pengumpulan ini terlihat dengan timbulnya kemaslahatan yang besar di tengah-tengah kaum muslimin, di antaranya : Persatuan dan kesatuan, kesepakatan bersama dan saling berkasih sayang. Kemudian mudharat yang besarpun boleh dihindari yang di antaranya adalah : Perpecahan umat, perbezaan keyakinan, tersebar luasnya kebencian dan permusuhan.

       Mushaf Al-Qur’an tetap seperti itu sampai sekarang dan disepakati oleh seluruh kaum muslimin serta diriwayatkan secara Mutawatir. Dipelajari oleh anak-anak dari orang dewasa, tidak terjejas kesuciannya tika dipermainkan oleh tangan-tangan kotor para perosak dan tidak sampai tersentuh oleh hawa nafsu orang-orang yang menyeleweng.

        Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan sekalian alam.



Info ini diambil dari kitab yang bertajuk "Usulun Fit-Tafsir edisi Indonesia" karangan SYEIKH MUHAMMAD BIN SHALIH AL-UTHAIMIN.

__________
Foot Note
1. Diriwayatkan oleh Bukhari, Kitab Al-Jihad, Bab Al-Aunu Bil Madad, hadith nombor 3064
2. Diriwayatkan oleh Bukhari, Kitab At-Tafsir, Bab Qauluhu Ta’ala : Laqad jaa’akum Rasuulun Min Anfusikum Aziizun Alaihi Maa Anittum … al-ayat
3. Diriwayatkan oleh Bukhari, Kitab Fadhaailul Qur’an, Bab Jam’ul Qur’an, hadith nombor 4978
4. Diriwayatkan oleh Al-Khatib dalam Kitabnya Al-Fashl Lil Washl Al-Mudraj, jilid : 2 halaman 954, dalam sanadnya terdapat rawi bernama Muhammad Ibn Abban Al-Ju’fi (Al-Ilal karya Ad-Daruquthni, jilid 3, halaman 229-230), Ibn Ma’in mengatakan : “Dia dha’if (Al-Jarhu wat Ta’dil karya Ar-Razi, jilid 7 halaman 200. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Mashaahif halaman 22
5. Diriwayatklan oleh Abu Dawud dalam Kitab Al-Mashaahif, Hal. 12
 











 



Friday

Bait 1-10 ( Bab ithbat, hazaf dan selainnya mengikut turutan surah )

باب الاثبات والحذف وغيرهما مرتبا على السور
من البقرة الى الأعراف


 با لصاد كل صراط والصراط وقل(1)
                                                          بالحذف مالك يوم الدين مقتصرا

(اهدنا صراط المستقيم) سورة الفاتحة,6
(ولهدينهم صراط مستقيما) سورة النساء,68

KALIMAH  : الصراط
Semua mashaf sepakat membaca secara الصاد pada kalimah الصراط

(ما لك يوم الدين) سورة الفا تحة ,4
KALIMAH :  مالك
Semua mashaf sepakat menghazaf ا  pada kalimah مالك
Contoh : ملك يوم الدين


واحذفهما بعد فى ادرأتم وما(2)
                                  كين هنا ومعا يخدعون جرى

(واذ قلتم نفسا فادارأتم فيها) سورة البقرة ,72

KALIMAH : فادارأتم
Pada kalimah ini ditulis dengan 3 alif :
·         Pertama mengekalkan alif pada kalimah  فادارأتم
·         Kedua dan ketiga menghazaf alif pada kalimah فادارأتم

Contoh : واذ قتلتم نفسا فادرأتم فيها


(يخادعون الله والذين ءامنوا وما يخادعون الا انفسهم وم يشعرون) سورة البقرة,9

KALIMAH : يخادعون
Abu Amru Ad- Dani menulis pada kalimah يخادعون  tanpa alif.
Contoh : وما يخدعون الا انفسهم وما يشعرون

وقاتلوهم وافعال القتال بها(3)
                                                   ثلاثة قبله تبدو لمن نظرا


(ولا تقاتلوهم عند المسجد الحرام حتى يقاتلوكم فيه فان قا تلوكم) سورة البقرة ,193


KALIMAH : قاتلوهم
Dibuang huruf alif pada افعال القتال :
1)      Dimatikan.
2)      Dinasabkan.
3)      Ditulis semuanya tanpa alif.
Contoh : ولا تقتلوهم عند المسجد الحرام

(4)هنا ويبصط مع مصيطر وكذا
                                         المصيطرون بصاد مبدل سطرا

(لست عليهم بمصيطر) سورة الغاشية ,22
(والله يقبض ويبصط واليه ترجعون) سورة البقرة,245

KALIMAH : مصيطر , ويبصط , المصيطرون
Ditulis dengan huruf الصاد pada kalimah مصيطر , ويبصط , المصيطرون  pada semua tulisan.
Contoh : والله يقبض ويبصط
 لست عليهم بمصيطر               

(5) وفى الأمام اهبطوا مصرا به الف
                                             وقل وميكال المهرا  

(اهبطوا مصرا فأنلكم ماسألتم) سورة البقرة , 61

KALIMAH :  اهبطوا مصرا
Pada mashaf  rasm Uthmani ditulis dengan huruf ا .
Abu `Abid Al-Qasim melihat pada mashaf rasm Uthamni  dalam surah A-Baqarah pada kalimah  اهبطوا مصراditulis dengan huruf  ا.
Contoh :  اهبطوا مصرا

)من كان عدوا لله وملئكته ورسله وجبريل وميكال فاءن آلله عدوا للكافرين) سورة البقرة ,98


KALIMAH :  وميكال
Pada mashaf rasm Uthmani dibuang huruf أ pada kalimah وميكال dan tempatnya ditulis huruf ي.


(6) ونافع حيث واعدنا خطيئته
                                      والصقعة الريح تفذوهم هنا اعتبرا

(واذ وعدنا موسى اربعين ليلة) البقرة 51
KALIMAH :  واعدنا
Pada kalimah ini tidak ditulis dengan huruf ا.
Contoh : وعدنا.

(وأحطت به خطئته فأولئك اصحب النار) سورة البقرة 81

KALIMAH : خطئته.
Pada kalimah ini tidak ditulis dengan huruf ا.
Contoh : خطئته.

)فأخذتكم الصعقة وأ نتم تنظرون) سورة البقرة 55

KALIMAH : الصعقة.
Pada kalimah ini tidak ditulis dengan huruf ا.
Contoh : الصعقة.

)وتصريف الريح والسحاب المسخر بين السماء والأرض لأيت لقوم يعقلون) سورة البقرة 164.

KALIMAH : الريح
Pada kalimah ini tidak ditulis dengan huruf ا.
Contoh :  الريح  

(أسارى تفدوهم) سورة البقرة

KALIMAH :    تفدوهم  
Pada kalimah ini tidak ditulis dengan huruf ا.
Contoh : :    تفدوهم


(7) معا دفاع رهان مع مضاعفة
                                        وعاهدوا وهنا تشابه اخضرا

(ولولا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ولا كن الله ذو فضل على العالمين) سورة البقرة 251
)ولم تجدوا كا تبا فرهن مقبوضة) سورة البقرة 283
(أو كلما عهدوا عهدا نبذه فريقا منهم بل أ كثرهم لا يؤمنون) سورة البقرة 100


KALIMAH : دفاع, رهان, تشابه, عهدوا
Semua mashaf sepakat membuang huruf ا pada semua kalimah diatas.
Contoh : دفع الله , فرهن مقبوضة , أو كلما عهدوا عهدا.




(8) يضاعف الخلف فيه كيف جاءو كتا
                                                به ونافع في التحريم ذاك أرى


(وماكان لهم من دون الله من أوليـاء يضعف لهم العذاب) سورة الهود 20

KALIMAH : يضعف
Pada kalimah ini berlakunya perbezaan pendapat pada mushaf-mushaf.
Contoh :  يضعف لهم العذاب


)كل ءامن بالله وملئكته وكتبه ورسله) سورة البقرة 285

KALIMAH :    كتبه
Pada setengah mushaf ditulis dengan huruf ا dan setengah mushaf lagi dibuang huruf ا.
Contoh : كتبه


والحَذْفُ فى يَاءِ إِبْراهِيم قِيلَ هُنَا  (9)
       
شَامٍ عِراقٍ ونِعْم العِرْق مَا انْتشرا


)قولوا ءمنا بالله وما أزل الينا وما انزل الا ابراهم واسماعيل واسحاق) سورة البقرة 136

KALIMAH : ابراهم
Dibuang huruf ي pada kalimah ابراهم.
Mashaf Al-Madani dan Al-Maliki mengekalkan huruf ي pada penulisan.
Pada mashaf As-Syami,Al-Kufi dan Al-Basri membuang huruf ا dalam surah Al-Baqarah pada 15  tempat.



أَوْصى الإمامُ مَعَ الشَّامِى والمَد نِى  (10)
 
شَام وقالوا بِحَذْفِ الواوِ قَبْل يُرَى


(ووصى بها ابرا هيم بنيه ويعقوب) سورة البقرة 132

KALIMAH : ووصى
Pada mashaf Uthman,  Al-Madani dan As-Syami diletakkan huruf ا diantara dua huruf   و.
Bagi mushaf yang lain diletakkan dua huruf و dan tidak diletakkan huruf ا diantaranya.
Contoh : ووصى بها


 (وقالوا اتخذالله ولدا سبحنه) سورة البقرة 116

KALIMAH :  وقالوا
Pada mashaf As-Syami dibuang huruf و yang sebelumnya huruf ق , kecuali pada huruf و  yg selepas huruf ل.
Contoh : وقالو


         

Thursday

Bait 11-20 ( Bab Ithbat, Hazaf dan selainnya mengikut turutan surah )

(11)  يقاتلون الذين الحذف مختلف          فيه معا طائرا عن نافع  وقرا  
       
-(ويقتلون الذين يأمرون بالقسط) سورة ال عمران
Kalimah:  يقاتلون 
·        Sebahagian mashaf  mengekalkan alif selepas huruf qaf (ق) dan sebahagian yang lain pula membuang alif.
-(فيكون طائرا) سورة ال عمران دان المائدة
Kalimah :  طائرا
·        Riwayat Nafi’ membuang alif pada kalimah ini.


(12)       وقاتلوا وثلاث مع رباع كتا    ب الله معه ضغاقا عاقدت حصرا

-( وأوذا في سبيلى وقاتلوا) سورة ال عمران
-(فنكحوا ما طاب بلكم من النساء مثنى وثلاث ورباع) سورة الفاطر

Kalimah:   وقاتلوا,وثلاث,رباع
·        Riwayat Nafi’ membuang alif dalam kalimah ini.

-(كتاب الله عليكم)
Kalimah:  كتاب
·        Membuang alif dalam kalimah ini.
Kalimah :  حصرا
·        Imam Nafi’ membuang alif dalam mashaf madani sepertimana rasm yang lain.


(13)      مراغما قاتلوا لامستم بهما         حرفا السلام رسالته معا أثرا

-(مراغما كثيرا وسعة.وفلقاتلوكم.أولمستم النساء)سورة النساء
-(سبيل السلام)سورة المائدة
-(لهم دار السلام )سورة الأنعام
Kalimah: مراغما,قاتلوا,لمستم
·        Imam Nafi’ membuang alif bagi setiap kalimah.

-(يلعت رسالتة ويجعل رسالته)
Kalimah: رسالته
·        Imam Nafi’Membuang Alif pada kalimah ini.


(14)          وبالغ الكعبة احفظه وقل قيما              والأوليان وأكالون قد ذكرا

-(هديا بالغ الكعبة)سورة المائدة
Kalimah: بالغ
·        Imam Nafi’ tidak meletakkan alif pada kalimah ini.
Kalimah: الأوليان
·        Membuang alif  pada kalimah ini.
Kalimah: أكالون
·        Mashaf osman membuang alif selepas huruf kaf (ك).


(15)    وقل مساكين عن خلف وهود بها               وذى ويونس الأولى ساحر خبرا

-(كفارة طعام مساكين)سورة المائدة
Kalimah:  مساكين
·        Sesetengah mashaf mengekalkan alif.
·        Sesetengah mashaf yang lain pula tidak meletakkan alif.

Kalimah : ساحر
·        Imam Nafi’ membuang alif pada kalimah ini.


(16)     وسارعوا الواو مكي عراقية               وبا ويالزبر الشامي فشا خبرا

-(وسارعوا الى مغفرة)سورة ال عمران
Kalimah: وسارعوا
·        Mashaf makki,al-kufi dan al-basri meletakkan huruf wau (و)pada awal kalimah.
·        Mashaf  madani dan syami tidak meletakkan wau (و).


(17)    وبالكتاب وقد جاء الخلاف به               ورسم شام قليلا منهم كثرا
Kalimah: وبالكتاب
·        Sebahagian daripada mashaf syami meletakkan huruf ba’(ب).
·        Manakala 5 mashaf  yang lain membuang ba’(ب).



(18)    ورسم والجار ذا القربى بطائفة            من العراق عن الفراء قد ندرا

-(والجار ذى القربى)سورة نساء
Kalimah : ذا
·        Kebanyakan mashaf Iraqi meletakkan alif pada kalimah ini.
·        Selain daripada mashaf Iraqi meletakkan huruf ya (ى) pada kalimah ini.
·        Kata Abu amru,kebanyakan mashaf meletakkan ya(ى)pada kalimah ini.


(19)   مع الامام وشام يرتدد مدني                 وقبله   ويقول بالعراق يرى

-(يأيها الذين امنو من يرتدد)سورة المائدة
Kalimah: يرتدد
·        Dalam mashaf osman,syami dan madani mengekalkan dal (د) yang kedua.
·        Manakala mashaf yang lain hanya menulis satu dal(د).
-(ويقول الذين امنو)سورة المائدة
Kalimah:  يقول
·        Mashaf Iraqi mengekalkan huruf wau (و)
·        Mashaf lain membuang huruf wau (و)


(20)   وبالغداة  معا بالواو كلهم                    وقل معا فارقوا بالحذف قد عمرا

Kalimah :  الغداة  
·        Mengekalkan alif dalam surah Al-an’am dan Al-kahfi pada kalimah ini.
·        Setiap mashaf meletakkan huruf (و) pada awal kalimah ini.

-(ان الذين فرقوا دينهم)
Kalimah: فرقوا
·        Alif dibuang selepas huruf fa’(ف) khusus dalam surah al-an’am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...