Rasm Al-Quran (Bait 22-33)
Bait 22,23,24
وكل جمع كثير الدور كا لكلما ت البينات ونحو الصالحين ذرا(22
سوى المشدد والمهموز فاختلفا عندالعراق وفى التأنيث قد كثيرا(23
24)وما به ألفان عنهم حذفا كالصالحات وعن جل الرسوم سرى
Ø Telah berittifaq semua mushaf dengan menghazafkan huruf alif fa’il pada jama’ muzakkar salim dan jama’ mu’annas salim.
Ø Telah berittifaq mushaf Al-Hijazi dan As-Syami dengan mengisbatkan alif pada kalimah yang mempunyai tanda syaddah dan huruf hamzah. Berlaku khilaf dalam mushaf Iraq dimana kebanyakannya mengisbatkan alif pada keadaan muzakkar dan menghazafkannya pada keadaan mu’annas. Hanya sedikt yang berlawanan.
Ø Telah berittifaq kebanyakan mushaf Iraq atas menghazafkan alif fa’il dan jama’ mu’annas dengan syarat mempunyai syaddah dan hamzah. Hanya sedikit yang menghazafkan yang pertama dan mengisbatkan yang kedua. Kebanyakannya berlaku khilaf.
Ø Contoh kebanyakan yang dihazafkan ialah:
- الظالمين, الصابرين, الصادقين, القانتين, الكافري, حاسبين
- المسلمات, الموءمنات, المصدقات, قاءىمون, الساءىلين, الضالين
Bait 25
واكتب تراء وجاءنا بواحدة تبوا ملجاْ ماء مع النظرا (25
Ø Telah berittifaq semua mushaf dengan menulis kalimah تراء dalam surah As-Syu’ara dengan satu alif selepas huruf ra’.
Ø Juga pada kalimah جاءنا dalam surah Az-Zukhruf ditulis dengan satu alif antara huruf jim dan nun.
Ø Begitu juga pada semua kalimah yang mempunyai hamzah maftuhah sebelum fathah seperti تبواء , atau huruf alif sebelum alif kedua seperti ملجأ , atau tanwin dengan satu alif seperti ماء .
Bait 26
ناى رءا ومع اْولى النجم ثالثه بالياء مع اْلف السواى كذا سطرا (26
Ø Telah berittifaq semua mushaf untuk menulis kalimah ونأى dalam surah Al-Isra’ dan Fussilat dengan satu alif selepas huruf nun.
Ø Juga pada kalimah رأى fe’el madi sulasi yang bersambung dhamir dalam semua keadaan dengan alif selepas ra’ kecuali pada 2 tempat dalam surah An-Najm:
- ما كذب الفوءاد ما راى ,11
- لقد راى من ءايت ربه الكبرى, 18
Ø Juga pada kalimah السوأي dalam surah Ar-Rum ditulis dengan alif selepas huruf wau dan huruf ya’ selepas alif.
Bait 27,28
وكل ما زاد اْولاه على اْلف بواحد فاعتمد من برقه المطرا (27
الان اْتى اءمنتم ءانت وزد قل اتخذتم ورد من روضها خضرا (28
Ø Telah berittifaq semua mushaf untuk menulis kalimah yang pada awalnya mempunyai 2 huruf alif dan lebih dengan satu alif sahaja. Setiap kalimah yang pada awalnya ada hamzah qata’ lil istifham yang selepasnya ada hamzah qata’ atau hamzah wasal. Contohnya:
- الآن, وآتى, ياآدم, ءأنذرتهم, أأنت, أئذا, أئنا
Bait 29
لاْملاْن اشماْزت وامتلاْن لدى جل العراق اطماْنوا لم تنل صورا (29
Ø Pada kalimah لأملأن di semua keadaan dalam surah Yunus, kalimah اشمأزت dalam surah Az-Zumar, kalimah امتلأت dalam surah Qaf ditulis huruf hamzahnya yang kedua dengan alif dalam mushaf Al-Hijazi dan mushaf As-Syami dan sedikit pada mushaf Iraq.
Ø Telah berkata Abu Amru Ad-Dani: Aku telah melihat banyak mushaf ahli Iraq maka berittifaq atas menghazafkan alif padanya.
Bait 30
للدار واْتوا وفاْتوا واسئلوا فسلوا فى شكلهن وبسم الله نل يسرا (30
Ø Telah berittifaq semua mushaf untuk menulis hamzah wasal sekiranya tidak masuk atasnya tanda-tanda atau telah masuk atasnya kecuali pada 5 perkara usul tidak ditulis baginya:
1) Hamzah lam ta’rif dan seumpamanya masuk ke atasnya
2) Hamzah wasal termasuk pada hamzah asli
3) Hamzah yang termasuk pada amr mukhatab
4) Hamzah yang termasuk padanya hamzah istifham
5) Hamzah isim majrur dengan huruf ba’ mudhof (sandaran)
Ø Contoh:
- الآخرة خيروللدار
- للذى ببكة
- ولله الأسماء الحسنى
- وأتوا البيوت
- واسئلوا الله
- آلذكرين
Bait 31
وزد بنوا اْلفا فى يونس ولدى فعل الجميع وواو الفرد كيف جرى (31
Ø Telah berittifaq semua mushaf untuk menambah menambah alif selepas huruf wau pada kalimah بنو اسرائيل dalam surah Yunus.
Ø Telah berittifaq semua mushaf untuk menambah huruf alif selepas dhamir bagi jama’ muzakkar yang bersambung dengan fe’el madi, mudari’ dan amar. Contoh:
- آمنوا
- وهاجروا
- واذا خلوا الى
- وآمنوا وعملوا الصالحات
Bait 32,33
جاووباو احذفوا فاو سعو بسباْ عتو عتوا وقل تبوو اْخرا (32
اْن يعفو الحذف فيها دون سائرها يعفو ويبلو مع لن ندعو النظرا (33
Ø Tidak ditulis dalam semua mushaf huruf alif selepas huruf wau jama’ di semua tempat. Contoh:
- وباءو بغضب
- فان فاءو
- وسعو فى
Ø Juga tidak ditulis huruf alif selepas huruf wau yang menunjukkan satu. Hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam surah An-Nisa’ iaitu عسى الله أن يعفو.
No comments:
Post a Comment