Carian Anda

Friday

Muqaddimah


        Segala puji bagi Allah, tuhan yang telah mentadbir alam ini dengan sebaik-baik perancangan. Segala puji bagi Allah juga, tuhan yang telah memberi kami hidayah dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan kami dalam memperjuangkan agama-Nya di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah. Selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah Muhammad SAW yang telah diutus oleh Allah SWT untuk memberi rahmat ke seluruh alam ini.  

       Sesungguhnya manusia selalu mencari ketenangan dan kedamaian dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mereka cuba untuk mendapatkannya dengan hiburan, permainan, pembacaan dan sebagainya. Namun ketenangan yang di cari datang dan pergi. Sebenarnya jiwa mereka kosong tanpa cahaya keimanan. Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh duka, pengubat luka danpenghibur hati yang lara. Membaca Al-Quran adalah hiburan nurani yang mendamaikan hati serta menjadi teman di waktu sunyi.                                          

       Al-Quran tidak menjadi usang meskipun di ulang-ulang. Keajaibannya tidak pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan, yang memberi  petunjuk ke jalan yang benar, kemudian kami beriman kepadanya”.                                      

       Sesiapa yang berkata berdasarkan Al-Quran, maka dia berkata benar. Sesiapa mengamalkannya, dia mendapat pahala. Sesiapa memutuskan perkara dengannya, maka dia telah berlaku adil. Dan siapa menyeru kepadanya, dia diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Al-Quran merupakan pemisah antara yang haq dan batil.                                                                                                         

       Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya, kita masih di kurniakan lagi dengan dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Kami juga bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan keredhaan-Nya kami masih di beri peluang untuk terus menimba ilmu dan menabur bakti di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah.
                                                     
      Kami amat bersyukur kerana dengan izin Allah kami dapat menubuhkan (create) sebuah blog khusus berkaitan tentang Rasm Al-Quran (Rasm Uthmani). Blog ini akan kami paparkan nota-nota ringkasan berkaitan dengan kaedah penulisan Al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Segala nota dan ringkasan yang kami buat adalah mengikut kitab Syarah Talkhisul Fawaid wa Taqribul Mutaba’id yang telah dipelajari dan akan dikemas kini mengikut kesesuaian dan kefahaman kami. Kami akan berusaha untuk memberikan sajian terbaik untuk pengetahuan masyarakat  . Semoga usaha kami ini beroleh keberkatan dari Allah SWT. Sesungguhnya dalam buku ini kami muatkan kaedah atau cara penulisan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kaedah Rasm Uthmani. Semoga blog ini akan menjadi panduan dan bahan rujukan bagi umat Islam.                                             

       Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan dalam blog ini sama ada dari sudut tulisan, kaedah, pemahaman dan sebagainya kerana ia adalah tidak di sengajakan. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang tidak baik datang dari kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keberkatan Allah SWT.
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

1 comment:

  1. Play slots at JSMH Casino - JM Hub
    JSMH Casino offers a fully optimised 서산 출장마사지 and trusted gaming 통영 출장샵 platform, with an unmatched experience of 동해 출장안마 quality graphics and 세종특별자치 출장마사지 fast 구리 출장샵 payouts.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...