Carian Anda

Sunday

Bab Ziyadah (Bait awal hingga akhir) & Bab Hazaf Ya' (Bait 1-11)

Bab Ziyadah      
                                      
فى الكهف شين لشائ بعده ألف     وقول في كل شئ ليس معتبرا

Telah bersepakat semua mushaf dengan menambah huruf alif di antara huruf syin dan ya’ pada kalimah لشائ  dalam surah Al-Kahfi pada ayat yang ke 23. Akan tetapi terdapat khilaf pada perkataan tersebut pada ayat yang lain. Pendapat yang sahih mengatakan tiada tamabahan manakala pendapat yang lemah mengatakan terdapat tambahan pada lafaz   شئ  dimana saja ia terletak dalam Al-Quran.
Telah berkata Muhammad bin Isa : Aku telah melihat dalam mushaf Abdullah bin Mas’ud semua lafaz  شئ  dengan huruf alif.
Telah berkata Abu ‘Amru Ad-Dani : Tidak wujud sesuatu pun daripada perkatan itu dalam mushaf ahli Iraq dan selainnya dengan huruf alif.


وزاد في ماءتين الكل مع ماءة     وفى ابن اثباتها وصفا وقل خبرا

Telah menambah semua penulisan dalam semua mushaf akan huruf alif selepas mim pada kalimah    مائةdalam semua bentuk ia datang sama ada mufrad مائة, atau musanna مائتين, atau dalam keadaan jama’ مائتون.
Telah ditetapkan dalam semua mushaf dengan huruf alif pada kalimah ابن dan ابنة dalam semua keadaannya ia datang dalam Al-Quran.


لنسفعا ليكونا مع اذا ألف     والنون فى وكأين كلها زهرا

Telah bersepakat semua mushaf atas penulisan nun ta’kid di mana sahaja ia terletak seperti kalimah لنسفعا بالنصية ,  منوليكونا , فاذا لا يؤتون ,  من نبىوكأين dan lain-lain lagi.


ولئيكة الألفان لحذف نالهتا     فى صاد والشعراء طيبا شجرا

Kalimah  الأيكةأصحاب  dalam surah Shad dan Asy-Syua’raa ditulis dengan dihazafkan alif dalam semua mushaf. Akan tetapi kalimah yang sama ditulis dengan 2 huruf alif dalam surah Al-Hijr dan surah Qaf.

Bab Hazaf (Buang) Huruf Ya’ Dan Itsbatkannya (kekal)
وتعرف الياء حال ثبوت اذ     حصلت محذوفها فخذه مبتكرا
Bab ini membincangkan huruf ya’ yang berada dalam penulisan mushaf sama ada huruf ya’ itu dihazafkan atau di itsbatkan.

حيث ارهبون اتقون تكفرون أطيعون     اسمعون وخافون اعبدون طرا

Mengikut bait di atas ini ada 7 lafaz/perkataan yang dihazafkan huruf ya’ pada hujung lafaznya iaitu:
1)      ارهبون : Terletak di 2 tempat iaitu dalam surah Al-Baqarah dan An-Nahl.
2)      اتقون : Terletak di 5 tempat iaitu 2 dalam surah Al-Baqarah, dan 1 dalam surah An-Nahl, Al-Mukminun dan Az-Zumar.
3)      تكفرون : Terletak dalam surah Al-Baqarah
4)      أطيعون : Terletak di 11 tempat iaitu 8 dalam surah As-Syua’ra, dan 1 dalam surah Ali Imran, Az-Zukhruf dan Nuh.
5)      أسمعون : Terletak dalam surah Yasin.   
6)      وخافون  : Terletak dalam surah Ali Imran
7)      فاعبدون :Terletak 2 dalam surah Al-Anbiya’ dan satu dalam surah Al-Ankabut

ألا بياسين والداعى دعن وكيدوي     سوى هود تخزونى وعيد عرا
Pada lafaz bait ( illa biyasiin) adalah berkaitan dengan bait yang sebelumnya yang bermakna lafaz عبدونى dalam surah Yasin tidak termasuk dalam lafaz yang dihazafkan huruf ya’.
Bait diatas ini menerangkan 5 kalimah yang dihazafkan huruf ya’ dalam penulisan al-Quran iaitu:
1)      الداعى : Terletak 1 dalam surah Al-Baqarah dan 2 dalam surah Al-Qamar.
2)      اذا دعان : Terletak dalam surah Al-Baqarah
3)      كيدون : Terletak di 3 tempat dalam Al-Quran akan tetapi yang dihazafkan ya’ hanya pada 2 tempat sahaja iaitu surah Al-‘Araf dan Al-Mursalat (dikecualikan surah Hud).
4)      تخزرون : Terletak dalam surah Hud dan Al-Hijr.
5)      وعيد : terletak dalam surah Ibrahim


واخشون لا أولا تكلمون يكذبون     أولى دعائى يقتلون مرا
Kalimah واخشون  yang dimaksudkan dalam bait diatas bukanlah kalimah yang terletak di awal Al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah, akan tetapi yang di maksudkan ialah di 2 tempat yang terletak dalam surah Al-Mai’dah. Kalimah tersebut dalam Al-Baqarah diitsbatkan dengan ya’ dalam penulisan dan pembacaan.
Bagi kalimah تكلمون dihazafkan huruf ya’ dalam surah Al-Mukminun.
Bagi kalimah يكذبون dihazafkan huruf ya’ dalam surah Asy-Syua’ra dan Al-Qasas.
Bagi kalimah دعائ dihazafkan huruf ya’ dalam surah Ibrahim tidak termasuk kalimah dalam surah Nuh.
Bagi kalimah يقتلون  dihazafkan huruf ya’ dalam surah Asy-Syua’ra dan Al-Qasas.

وقد هدانى وفى نذير مع نذرى     تسلن فى هود مع بأتىبها وقرا
Kalimah هدانى  dalam surah Al-An’am dihazafkan huruf ya’ nya. Akan tetapi di itsbatkan ya’ dalam surah dalam surah Az-Zumar.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah نذيرى dan نذرى dalam surah Al-Mulk dan 6 tempat dalam surah Al-Qamar.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah تسئلن dalam surah Hud. Akan tetapi di itsbatkan ya’ dalam surah Al-Kahfi.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يأتى dalam surah Hud. Akan tetapi di itsbatkan ya’ dalam surah Al-Baqarah.

وتشهدون ارجعون ان يردننكير     ينقذون ماب مع متاب ذرى
Dihazafkan ya’ pada kalimah تشهدون dalam surah An-Naml, kalimah وارجعون dalam surah Al-Mu’minun, kalimah يردن dalam surah Yaasin, kalimah نكير dalam surah Al-Haj (4 tempat), surah Saba’, surah Fatir dan surah Al-Mulk.
Dihazafkan juga huruf ya’ kalimah ينقذون dalam surah Yaasin, kalimah مآب  dan متاب  dalam surah Ar-Ra’d.
عقاب تردين تؤتونى تعلمنى     والباد ان ترنى وكالجواب جرى
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah عقاب  di 3 tempat iaitu dalam surah Ar-Ra’d, surah Shad dan surah Ghafir.
Dihazafkan juga huruf ya’ pada kalimah تردين dalam surah As-Shaffat, kalimah تؤتون dalam surah Yusuf, kalimah تعلمن dalam surah Al-Kahfi, kalimah الباد dalam surah Al-Haj, kalimah ترنى dalam surah Al-Kahfi dan kalimah كالجواب dalam surah Saba’.

فى الكهف يهدينى نبغى وفوق بها     أخرتن المهتدى قل فيهما زهرا
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يهدينى dalam surah Al-Kahfi. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah yang serupa dalam surah Al-Qasas.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah نبغى dalam surah Al-Kahfi. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah yang serupa dalam surah Yusuf dari segi penulisan dan bacaan semua qurra’.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah أخرتنى  dalam surah Al-Isra’. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah yang serupa dalam surah Al-Munafiqin dari segi penulisaan dan bacaan semua qurra’.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah المهتدى dalam surah Al-Kahfi dan Al-Isra’. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah yang serupa dalam surah Al-A’raf dari segi penulisaan dan bacaan oleh 7 qurra’.

يهدين يسقين يشفينى ويوءتينى     يحيين يستعجلونى غاب أو حضرا
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يهدين dan يسقين dalam surah Asy-Syua’raa.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يشفين dan يحيين dalam surah Al-Kahfi.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يؤتينى dan تستعجلون dalam surah Al-Anbiya’.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah يستعجلون dalam surah Az-Zariyyat.



تفندون وننج المؤمنين وهاد     الحج والروم واد الواد طبن ثرا
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah تفندون dan ننج dalam surah Yunus. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah ننجى dalam surah Al-Anbiya’.
Dihazafkan ya’ pada kalimah لهاد dalam surah Al-Haj dan kalimah  بهادى dalam surah Ar-Rum. Akan tetapi di itsbatkan ya’ pada kalimah بهادى dalam surah An-Naml.
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah واد dan الواد dalam surah An-Naml, 4 tempat dalam surah Tahaa, dalam surah Al-Fajr, dalam surah Al-Qasas dan dalam surah An-Nazi’aat.


أشركتمون الجوارى كذبون فأرسلون صال فما تغنى يلى القمرا
Dihazafkan huruf ya’ pada kalimah أشركتمون dalam surah Ibrahim.
Dihazafkan ya’ pada kalimah الجوارى dalam surah Asy-Syura, Ar-Rahman dan At-Takwir.
Dihazafkan ya’ pada kalimah كذبون 2 tempat dalam surah Al-Mu’minun, dan surah Asy-Syua’raa.
Dihazafkan ya’ pada kalimah فأرسلون dan صال dalam surah As-Shaffat.
Dihazafkan ya’ pada kalimah تغن dalam surah Al-Qamar. Akan tetapi di itsbatkan pada kalimah yang serupa dalam surah Yunus.

Disediakan oleh : Muhammad Nasiruddin bin Modtrifi

Saturday

Bab Hazaf Ya' (bait 12-22)

اهاننى سوف يؤت الله اكرمني
                                 ايحضرون ويقض الحق اذ سبرا

KALIMAH :اهاننى, سوف, اكرمني, يؤت الله
Pada kalimah اهاننى ,اكرمني dihazafkan ي pada surah al-Fajr.
Pada kalimah يؤتالله dihazafkan ي pada surah al-Maidah.
Berkata Abu Amru: pada surah Al-Maidah kalimah فسوف يأتى الله dikekalkan hurufي


يسرى ينادى المنادى تفضحون وتر
جمون تتبعن فاعتزلون ترى


Pada kalimah يسري dihazafkan ي pada surah al-fajr.
Pada kalimah ينادى dihazafkan ي pada surah qaf.
تفضحون pada surah al-hijr.
ترجمون  pada surah ad-dukhan.


ديني تمدوننى ليعبدون ويطعمون
واالمتعالى فاعل معتمرا

KALIMAH :واالمتعالىديني تمدوننى ليعبدون ويطعمون
Padakalimah ديني dihazafkan ي pada surah al-kafirun.
Pada surah Yunus dan Zumar dikekalkan ي.
Pada kalimah تمدوننى dihazafkan ي pada surah an-naml.
ليعبدون dihazafkan ي pada surah az-zariyat.


وخص فى ال عمران من اتبعن
                                   وخص فى اتبعونى غيرها سورا

KALIMAH :من اتبعن, اتبعونى
Pada kalimah اتبعن من dihazafkan ي pada surah al-imraan.
Pada kalimah اتبعن من ditulis huruf ي dan mengekalkannya pada surah Yusuff.

بشر عباد التلا قى والتناد
 وتقربون مع تنظرونى غصنها نضرا

KALIMAH :وتقربون, تنظرونى, بشر عباد التلا قى والتناد
Pada kalimah بشرعباد dihazafkan ي pada surah Az-Zumar.
Pada kalimah التلاق dihazafkan ي pada surah Al-Ghafir.
Dan juga kalimah التناد pada surah Yusuff.
Dan juga kalimah تنظرونى pada 3 tempat :
·         Al-A’raf
·         Yunuss.
·         Hud.

فى النمل اتانى فى صاد عذاب وما
                                          لأجل تنوينه كهاد اختصرا

KALIMAH :عذاب, اتانى

Pada kalimah اتانى dihazafkan ي pada surah An-Naml dan surah As-Shad.
Dan mengekalkan huruf ي pada kalimah اتانى pada surah Maryam.


وفى المنادى سوى تنزيل اخرها
                                      والعنكبوت وخلف الزخرف انتقرا

KALIMAH :المنادى (عبادى).

Pada kalimah  (المنادى (عبادى dikekalkan huruf ي pada 2 tempat surah Al-Ankabut :
فاتقون يا عبادى الذين ءامنوا) )
يا عبادى الذين امنوا ان ارضى واسعة  ) )
الا فيهم واحذفوا احداهما كوريا
خاطئين والأميين مقتفرا

KALIMAH :الا فيهم
Pada kalimah الافيهم dihazafkan huruf ي.

من حى يحي ويستحي كذالك سوى
هيء يحيء وعليينمقتصرا

KALIMAH :يحي, يستحي
Ditulis dengan huruf ي pada 3 tempat :
من حى عن بينة
على ان يحي الموتى
لا يستحي


وذى الضمير كيحييكم وسيئة
في الفرد مع سيئا والسيئ اقتصرا

KALIMAH :كيحييكم وسيئة


هيأ يهيأ مع السيأ بها ألف
                            مع يائها رسم الغازى وقد نكرا

KALIMAH :هيأ يهيأالسيأ


Disediakan oleh : Mohd Adib bin Alias

Friday

Bab Hazaf Ya', باب ما زيدت فيه اليأ dan باب حذف واو وزيادتها

باية وبايات العراق بها          يا آ ن عن بعضهم وليس مشتهرا

- Mashaf Iraqi menulis kalimah (باياته وبايات)dengan satu( ي).(ي) yang kedua ditulis antara (ا) dan (ت). Kebanyakkanya mengguna (ي) yang awal.
- mashaf yang lain pula menulis dengan satu (ي)iaitu(ي) yang pertama.

والمنشئت بها باليا بلا أليف     وفي الهجاء عن الغازي كذاك يرى
-       
  dikatakan pada kalimah (المنشات)iaitu dalam surah Ar-rahman ditulis dengan (ي) tanpa alif  antara(ش)dan (ت) oleh mashaf ahli Iraqi.



باب ما زيدت فيه الياء

أو من ورئى حجاب زيد ياه وفي    تلقائى نفسى ومن انآءى لاغسرا

-Diceritakan dalam matan diatas ,ditambahkan huruf (ي) dalam penulisannya seperti dalam firman Allah ,surah  As-Syura
 (وما كان لبشر أن يكلمه الله الا وحيا أو من ورئى حجاب).
-kemudian dikekalkan (ي) selepas alif dan huruf (ي) dipendekkan timbangan seperti dalam firman Allah:- (من تلقائى نفسي)surah Yunus.
- (ومن انائى الليل فسبح) surah Taha.
-(انائى الليل)surah Taha.


وفي وايتاءى ذى القربى باييكم     بأيد ان مات مع ان مت طب عمر

- Diceritakan pada matan diatas pada kalimah (ايتائى المصاحب لذى القربى ) ditambahkan huruf(ي)padanya.
-Pada surah An-Nahl pada kalimah (وايتاء الزكاة )(وايتائى ذي القربى).
-Pada kalimah (بأيكم المفتون) dalam surah nun,(ي)ditambah  tetapi berbaris kasrah.
-Pada kalimah (أيكم يأتينى بعرشها) dalam surah An-Naml,(ي) ditambah tapi berbaris dhommah.


من نباء المرسلين ثم في ملاء     أذا أضيف الى اضمار من سترا

-Pada surah Al-An’am juga ditambahkan (ي) iaitu pada kalimah (من نباءى المرسلين).
-Pada surah Al-Humazah,huruf (ي) tidak ditulis iaitu pada kalimah (لكل نباء مستقر).
-Pada kalimah (ملائه- وملأىهم)dalam Al-Quran menulis dengan huruf (ي).


لقاء في الروم للغازى وكلهم       باليا بلا ألف في اللاى ء قبل ترى

-Pada surah Ar-Rum iaitu pada kalimah (بلقاء ربهم- وبلقاء الاخرة) ia menambahkan huruf)(ي.
-Menurut kata Abu Amru,huruf)ي(dan)أ(ditambah pada kalimah tersebut.



باب حذف  الواو وزيادتها

وواو يدعو لدى سبحان واقترابت     يمهو بحاميم ندعو قي اقراء  اختصرا
-       
  Pada matan diatas,semua mashaf meninfakkan untuk membuang huruf wau pada 4 tempat yang berikut:
·        (ويدع الانسان) surah Al-Isra’
·        (يدع الداع) surah Al-Anbiya’
·        (ويمح الله الباطل) surah Syura
·        (سندع الزبانية) surah Al-A’laq


وهم نسوا الله قل والواو زيد أولوا       أولى أولات وفي أولْئك انتشرا


-         Pada matan diatas menerangkan tentang kalimah (نسوا الله).
-         Terdapatmashaf yang membuang huruf (و) dan ada mashaf yang memindahkan sahaja huruf (و).
-         Namun, kebanyakkan mashaf membuang huruf (و).


والخلف في ساوريكم قل وهو لدى      أوصلبنكم طه مع الشعرا

-         Terdapat sedikit khilaf pada kalimah (سأوريكم).
-         Terdapat 2 tempat iaitu:
            -(سأوريكم دار الفاسقين)surah Al-A’raff.
-(سأوريكم اياتى فلا تستعجلون)surah Al-Anbiya’.
-Terdapat juga khilaf pada kalimah (ولأصلبنكم) iaitu dalam surah Taha dan Syuara’.
- Sesetengah pendapat mengekalkan (و) selepas (ء) dan sesetengah pendapat tidak meletakkan (و).
- Dan semua mashaf bersepakat untuk membuang (و) pada tempat di surah Al-A’raff.

وحذف احداهما فيما يزاد به         بناف أو صورة والجمع عم سرا

-         Matan diatas menerangkan tentang 2 huruf (و) dan salah satu dari keduanya adalah (و) yang ditambah.
-         Oleh itu,huruf (و)yang pertama itu tidak ditentukan kehilangan hurufnya.


داود تؤويه مسؤلا وورى قل       وفي ليسووأ وفي  الموودة ابتدرا

-         Matan ini menceritakan tentang kalimah(داود) (مسؤلا) (وورى) (الموؤدة). Semuanya ditulis dengan satu wau (و).


ان امرؤا والربوا بالواو مع ألف     وليس خلف ربا في الروم محتقرا

-         Di dalam surah An-Nisa’,huruf (و) dan (ا) ditulis pada kalimah ini
-         (ان امرؤا هلك).
-         Pada kalimah (ربا),tiada khilaf pada kalimah ini dalam surah Ar-Rum.
-         Khilaf hanya terdapat pada penulisan yang lain iaitu sebahagian mashaf meletakkan (و)dan(ا),kemudian sebahagian yang lain pula tidak  meletakkan (و).


Disediakan oleh : Ammar Bin Ishak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...