Carian Anda

Thursday

Bab huruf Hamzah yang ada dalam penulisan bukan Qiyas (Bait 1-12)





والهمز الأول فى المرسوم قل ألف سوى الذى بمراد الوصل قد سطرا

Setiap huruf hamzah yang terletak di awal kalimah samaada kalimah itu terdiri daripada isim, fa’el atau huruf mestilah ditulis dengan huruf alif.
Misalnya: ( أدم , ابراهيم , أولئك ) dan sebagainya.

فهؤلاء بواو يبنؤم به ويا ابن أم فصله كله سطرا

Bagi kalimah ( هؤلاء )  pada asalnya adalah dua perkataan yang pertama ه dan yang kedua أولاء. Apabila dua kalimah itu disambung ا yang dibawah ء itu dibuang dan dipindahkan pada huruf و.
Contoh : ه + أولاء = هؤلاء
Bagi kalimah  يبنؤم )) asal penulisan ( ام-( يا - أبن  ditulis dengan tiga kalimah bersambung.
Contoh : يبنؤم  = ام-يا - أبن  .



أئنكم ياء ثانى العنكبوت وفى الأنعام مع فصلت والنمل قد زهرا

Diceritakan bahawa hamzah yang ditulis diatas ya ( ي ) ada 4 tempat seperti ( أئنكم ) mengapa ia ditulis begitu? Kerana hamzah yang berbaris kasrah berjumpa dengan hamzah berbaris fathah sebelumnya. Asal perkataan hamzah yang kedua tidak mempunyai rumah, seperti          ( أءنكم) oleh kerna itu, semua mushaf bersepakat untuk menulis hamzah kedua itu dengan ya     ( ي ).
Antara surah-surah yang terdapat ialah :
1.      Al-Ankabut ( أئنكم لتأتون الرجال وتقطعون )
2.      Al-An’am ( أئنكم لتشهدون )
3.      Fussilat ( أئنكم لتكفرون بالذى خلق )
4.      An-Naml ( أئنكم لتأتون الرجال شهوة )

وخص فى أئذا متنا أذا وقعت وقل أئن لنا يخص فى الشعرا

Dalam matan ini ia menceritakan tentang kalimah (  أئذا) dan (  أئن). Kalimah petama (  أئذا) dalam surah Al-Waqiah ditulis dengan huruf ya ( ي ). Satu tempat sahaja di dalam Al-Quran.
Contoh ayat : dalam surah Al-Waqiah ( أئذا متنا وكنا ترابا).
Kalimah kedua (  أئن) telah berkata Muhammad salah seorang dari kumpulan mushaf menulis kalimah tersebut dengan ( ي ). Ia terdapat dalam surah Syuara’ sahaja.
Contoh ayat : dalam surah Syuara’ ( أئن لنا لأجرا ان كنا نحن الغلبين ).



وفوق صاد أئنا ثانيا رسموا وزد أليه الذى فى النمل مدكرا

Matan ini menerangkan tentang kalimah ( أئنا ) dalam surah Soffat. Pada tempat kedua bagi kalimah ( أئنا ) dalam suarah yang sama, semua mushaf mengekalkan ى pada kalimah tersebut.
Contoh : Surah Soffat ayat 36 ( أئنا لتاركو الهتنا ).


أئمة وأئن ذكرتم وأئفكا بالعراق ولا نص فيحتجرا

Dikhabarkan bahawa hamzah yang ditulis dengan ى ada beberapa tempat.
Pertama : kalimah   (  أئمة) dalam Al-Quran hanya ada 5 tempat, 2 tempat pada surah Al-Anbiya, 2 tempat pada surah Al-Qosos, 1 tempat pada surah As-Sajdah. Ditulis ى diantara huruf ء dan م.
Kedua : kalimah ( أئن ذكرتم ) pada surah Yasin ditulis dengan ي.
Ketiga : kalimah ( أئفكا ) dalam surah Soffat mushaf Ahli Iraq menulis dengan ي.

ويومئذ ولئلا حينئذ ولئن ولام لف لآهب بدر الإمام سرى

Dijelaskan bahawa hamzah yang ditulis dengan ى ada pada 4 lafaz iaitu : (يومئذ) (ولئلا) (حينئذ) (ولئن) ditulis dengan mengekalkan ى.
Bagi kalimah ( لأهب لك ) dalam surah Maryam, ditulis dengan mengekalkan ل dan ا. Bagi semua mushaf.


وفى أنبئكم واو ويحذف فى الر رءيا ورءيا ورءيا كل الصورا

Dalam matan ini semua ulama’ mushaf bersepakat menulis hamzah yang kedua berbaris depan dan ditulis dengan و. Contoh ( قل أؤنبئكم ) dalam surah Al-Imran.
Bagi kalimah ( رءيا ) semua mushaf bersepakat untuk membuang و pada hamzah.



والنشأة الآلف المرسوم همزتها أو مدة وبياء موئلا ندرا

Matan ini membincangkan tentang 2 kalimah.
1.      Kalimah ( نشأة ) : semua mushaf mengekalkan huruf ا selepas huruf ش.
2.      Kalimah ( موئلا ) : semua mushaf mengekalkan ي selepas و.


وأن تبوآ مع السوآى تنوأ بها قد صورت ألف منه القياس برا

Terdapat 2 kalimah pada matan ini iaitu dengan mengekalkan ا selepas و.
1.      Dalam surah Maidah : ( أن تبوأ باثمن )
2.      Dalam surah Al-Qosos : ( لتنوأ بالعصبة )


وصورت طرفا بالواو مع ألف فى الرفع فى أحرف وقد علت خطرا

Matan ini menjelas tentang matan sebelumnya bagi kalimah تبوأ dan تنوأ. Dikhabarkan bahawa hamzah yang digambarkan diatas ada banyak tempat. Tetapi mestilah sampai pada tahap syaratnya.


أنبؤا مع شفعؤا مع دعؤا بغافر نشؤا بهود وحده شهرا

Huruf yang ditulis dengan و dan ا ada dalam beberapa tempat :
1.      Surah Al-An’am dan Surah Syuara’ ( أنباؤا ما كنوا )
2.      Surah Ar-Rom ( من شركائهم شفعاؤا )
3.      Surah Ghafir ( وما دعاؤا الكافرين )
4.      Surah Hud ( فى أموالنا ما نشاؤا ) kalimah ini terdapat didalam surah Hud sahaja.


جزآؤا حشر وشورى والعقود معا فى الآولين ووال خلفه الزمرا

Dikatakan pada matan diatas terdapat huruf ء, و, dan ا sesudahnya. Seperti dalam firman Allah dalam Al-Maidah ( وذلك جزاؤا الظالمين – أنما جزاؤا الذين يحاربون ). Dan terdapat juga khilaf tentang kalimah tersebut dalm surah Az-Zumar ( وذلك جزاء المحسنين ).


Disediakan oleh : Abdul Hakim bin Abdul Mutalib

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...